Assalamualaikum.
Sekalung ucapan terima kasih saya dahulukan atas kesudian Cikgu Masayu menerima saya menjadi anak murid. Mungkin anak murid tercorot dalam kelas.
Secara khususnya, saya amat teruja untuk membuat dan menyiapkan ebook sendiri. Namun apabila berhadapan halangan masa dan jadual, momentum penulisan saya jadi kacau bilau. Konsistensi saya terganggu.
Tetapi tekad saya, saya tetap akan usahakan kerana ilmu yang Cikgu Masayu beri bukan ilmu yang mudah didapati dan ianya berstatus 'proven' oleh Cikgu sendiri.
Apatah lagi ianya ilmu baru yang sedang popular di abad ini: ebook.
Cikgu Masayu mengajar untuk menulis secara sistematik dan terancang. Dari awal kelas hingga akhir kelas, tanyalah apa-apa sahaja soalan, jawapan pantas dan idea mencurah-curah dari Cikgu pasti ada.
Cikgu tak lokek kongsi ilmu. Berkali-kali saya diketuk sebab jauh ketinggalan dari kawan-kawan lain.
Terima kasih Cikgu untuk segala ilmu. Semoga ilmu yang kami dapat ini menjadi jariah berpanjangan untuk Cikgu.
Terima kasih menjadi guru ebook saya.
Rubiatul Addawiyah.
Penulis ebook