1) FLEKSIBILITI MASA
"Masa itu emas".
"Masa itu emas".
Peribahasa ini merupakan titik tolak untuk ramai home tutor bergerak secara persendirian. Mereka tidak mahu terikat dengan masa.
Hukum fleksibiliti masa yang diperlukan ini tidak sama antara setiap individu berikutan taraf sosioekonomi yang wujud pada masa kini.
Jika tanggungan yang ada melebihi taraf sosioekonomi sesebuah keluarga, maka ketua keluarga sebagai tunggak perlu ada 'back up plan' bagi mengharmonikan institusi kekeluargaan.
Namun kesibukan yang bakal ditanggung kadang kala akan mengakibatkan pengabaian kepada ahli keluarga. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif untuk bergerak dan bekerja sendiri mengikut kesesuaian masa yang perlu dibahagikan antara keluarga dan kerjaya.
Natijahnya, keluarga yang harmoni dan sejahtera akan menyumbang kepada pembentukan diri serta sahsiah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment