Tak lama kemudian, saya mendapat peluang untuk mengajar seorang
pelajar. Para tutor akan diberitahu berkenaan maklumat pelajar dan ibubapa
pelajar. Sesi suaikenal pun bermula selepas itu.
Saya memulakan tugas pertama sebagai home tutor pada seorang
pelajar perempuan Darjah 4. Manis wajahnya tetapi agak pemalu orangnya.
Pertemuan pertama bersama ibubapa pelajar tersebut
meyakinkan saya bahawa pelajar ini seorang pelajar introvert. Beliau
mempunyai keyakinan diri bahawa beliau boleh berjaya tetapi atas sikap
pendiam yang beliau hadapi, membuatkan ibubapanya mencari alternatif untuk
anaknya belajar secara perseorangan dengan guru.
"Entahlah Cikgu, bila balik rumah, tanya faham tak
Cikgu ajar apa kat sekolah tadi? Dia kata faham. Tapi bila buat latihan,
macam tak faham".
"Tak mengapa, Puan. Saya akan
bantu sewajarnya". Itu tekad saya.
Saya juga bukanlah seorang pelajar cemerlang pada sesi
persekolahan dahulu. Saya fahami perasaan berharap ibubapa pelajar tersebut.
Saya juga amat memahami dilema tekanan yang dihadapi oleh pelajar itu
kerana saya pernah berada di tempat dia.
Kami berjumpa empat pasang mata dengan misi mahu membantu
pelajar tersebut di sebuah perpustakaan awam di Kuantan. Sesi perkenalan
pun dimulakan pada sesi PnP yang pertama ini.
Seperti biasa, saya akan menyediakan sebuah buku khas untuk
mencatat aktiviti penting sepanjang hari, maka saya aplikasikan ianya ke dalam
tugas home tuisyen saya ini. Setiap detik penting akan saya catat di dalam buku
khas ini yang bertanggungjawab sebagai penjejak sesi pembelajaran dan
pengajaran yang berlaku.
Malahan, untuk mengambil hati pelajar, makanan kegemaran,
warna kegemaran dan hobi mereka juga saya catitkan sebagai panduan dalam
memenangi hati. Terkadang, poin-poin seperti ini saya gunakan untuk mengekalkan
fokus mereka dalam sesi PnP.
Apabila bertugas bersama anak-anak yang sedang membesar,
kita sebagai yang lebih tua perlu memahami karakter pelajar terbabit. Inilah yang
menguntungkan apabila belajar secara 1:1. Tugas kami selain mengajar
adalah mengenal pasti kebolehan pelajar melalui teori visual, auditori dan
kinestatik. Kemudian boleh diaplikasikan teori ini ke dalam sesi PnP. Sambil
mengajar, saya turut belajar. Menarik sungguh!
Saya terjebak dengan home tutor dan saya
jatuh cinta lagi dengan bidang perguruan!
No comments:
Post a Comment