Home tutor juga merupakan seorang guru.
Oleh kerana ianya melibatkan profesion perguruan, maka tugas menjaga kredibiliti itu menjadi tugas tetapnya sepanjang dia bergelar home tutor dan mengendalikan tuisyen.
Ada yang perlu diambil kira sepanjang sesi PnP. Saya senaraikan 5 poin utama yang selalu dipersoalkan oleh ibubapa berkenaan kredibiliti seorang home tutor.
1) Tahap Pendidikan.
- Berikutan home tuisyen melibatkan pembelajaran tidak formal seperti pada sesi persekolahan, ada juga ibubapa yang akan menemuduga tutor tentang tahap pendidikannya.
Home tutor wajib bersedia dan maklum bahawa setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh kerana itu, mereka sanggup menghabiskan wang untuk membayar home tutor supaya dapat mengajar anak-anak mereka dengan lebih fokus dan santai.
Santai di sini membawa maksud tidak menekan anak-anak dengan latihan kerja rumah yang banyak, tetapi lebih agresif kepada teknik-teknik untuk kefahaman subjek.
Namun tak dinafikan ada juga ibubapa yang mahu mengisi jadual kosong anak-anak dengan aktiviti berfaedah, maka mereka memilih home tuisyen sebagai salah satu caranya.
2) Masa
- Masa yang diperuntukkan untuk belajar dengan tutor sangat terhad. Justeru, tepati masa. Kebanyakan ibubapa yang melanggan home tuisyen ini adalah ibubapa yang sibuk bekerja. Maka, masa itu emas. Jika tidak berpeluang menghadirkan diri, beritahu pada ibubapa terlebih awal supaya tiada unsur-unsur tidak puas hati di belakang hari.
3) Penampilan diri
- Pandangan pertama itu sangat penting dalam kita mempromosikan diri sebagai seorang guru tidak formal. Gunakan pakaian yang selesa untuk kita bergerak dan mengajar.
- Terbitkan gaya formaliti sebagai seorang tenaga pengajar yang berkualiti dan berhemah.
4) Subjek
- Mahirkan diri dengan subjek yang akan diajar. Cari buku-buku rujukan yang diperlukan sebagai bahan tambahan dalam sesi PnP.
- Ketahui teknik dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dengan tahap pemahaman pelajar.
5) Fokus
- Pelbagaikan cara mengajar kerana pelajar tidak sama personalitinya.
- Ada jenis visual, ada jenis auditori dan ada juga jenis kinestatik. Kenali pelajar anda. Fokus juga akan berubah berdasarkan pemahaman dan tahap pelajar.
No comments:
Post a Comment