Apabila kita terdesak untuk melakukan sesuatu, maka
akal fikiran kita akan kreatif mencari jawapan dan penyelesaiannya.
Atas desakan dan tekad yang terpasak dalam diri, saya
mula menjadikan home tutor sebagai satu kerjaya. Dengan
minat yang tinggi, saya yakin saya mampu membantu pelajar bukan
dengan menjadikan A untuk semua mata pelajaran,
tetapi sekurang-kurangnya menukarkan gred yang tidak berapa baik
menjadi sebaliknya. Itu tugas saya.
Rata-rata pelajar home tuisyen saya merupakan pelajar
yang berpotensi, tinggal saja saya sebagai tenaga pengajar
menggilap potensi mereka dan memperbetulkan kefahaman mereka bahawa
belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata. Tetapi ianya lebih daripada
itu!
Home tuisyen merupakan satu proses pembelajaran
melibatkan seorang guru dengan seorang pelajar. Ianya juga boleh
dilakukan dengan sekumpulan pelajar, tetapi lebih fokus daripada
pembelajaran di sekolah berikutan suasananya yang eksklusif dan
privasi. Ramai ibubapa yang sanggup berhabisan demi membantu anak-anak
mereka dengan menyediakan home tuisyen.
Silibus yang diajar pula mesti mengikut
kurikulum standard persekolahan. Cuma cara belajar yang berbeza.
Di sini, penting untuk home tutor memahami personaliti
dan tahap pelajar masing-masing.
Di CERDIK, kami diajar untuk mengkaji personaliti pelajar
terlebih dahulu sama ada pelajar itu seorang visual, auditori atau
kinestatik. Teori VAK ini boleh diketahui pada sesi pertama PnP bersama
pelajar.
Atas dasar ini, para home tutor digalakkan
menceburi bidang ini bersama pusat tuisyen yang aktif dalam melaksanakan PnP
mengikut kurikulum terkini dan memenuhi kehendak dasar pendidikan abad
ke-21.
Maka dengan itu, kerjaya sebagai home tutor ini
adalah satu peluang baik untuk para graduan memulakan langkah pertama
berkongsi ilmu untuk adik-adik peringkat persekolahan rendah dan
menengah. Mahirkan diri dengan subjek yang dipelajari.
Tiada istilah 'tanam anggur' selepas tamat
pelajaran jika kita mahu melakukan sesuatu!
No comments:
Post a Comment